Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian V · Kehendak Berhemat
81. Penubuhan dan penyenggaraan kumpulan wang insurans
Feedback & supportPenanggung insurans berlesen hendaklah menubuhkan dan menyenggarakan satu atau lebih kumpulan wang insurans bagi mana-mana kelas atau perihalan perniagaan insuransnya sebagaimana yang ditentukan oleh Bank.
Walau apa pun subseksyen (1), penanggung insurans hayat berlesen hendaklah menubuhkan dan menyenggarakan kumpulan wang insurans berasingan bagi perniagaan insurans hayatnya yang berhubungan dengan polisi hayat sertaan.
Bank boleh menentukan bahawa penanggung insurans hayat berlesen hendaklah menubuhkan dan menyenggarakan lebih daripada satu kumpulan wang insurans bagi polisi hayat sertaannya di bawah subseksyen (2).
108 Undang-Undang Malaysia AKTA 758