Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian V · Kehendak Berhemat
84. Pengambilalihan risiko
Feedback & supportTiada penanggung insurans berlesen pun boleh mengambil alih apa-apa risiko berkenaan dengan apa-apa perihalan polisi sebagaimana yang ditetapkan oleh Bank melainkan jika dan sehingga premium yang kena dibayar diterima oleh penanggung insurans berlesen itu dengan apa-apa cara dan dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang ditetapkan oleh Bank.
Jika premium yang kena dibayar di bawah subseksyen (1)
diterima oleh seseorang bagi pihak penanggung insurans berlesen, penerimaan itu hendaklah disifatkan sebagai penerimaan oleh penanggung insurans berlesen itu bagi maksud subseksyen itu dan beban membuktikan bahawa premium itu telah diterima oleh seorang yang tidak diberi kuasa untuk menerima premium itu terletak pada penanggung insurans berlesen itu.
110 Undang-Undang Malaysia AKTA 758