Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian V · Kehendak Berhemat
83. Pengeluaran daripada kumpulan wang insurans
Feedback & supportPenanggung insurans berlesen tidak boleh membuat apa-apa pengeluaran daripada kumpulan wang insurans, sama ada daripada lebihan atau selainnya daripada kumpulan wang insurans itu,
Perkhidmatan Kewangan 109
melainkan jika—
(a)
ia telah mematuhi apa-apa kehendak mengenai pengeluaran sebagaimana yang ditentukan oleh Bank;
(b)
pengeluaran itu tidak menjejaskan kekukuhan kumpulan wang insurans itu untuk memenuhi liabilitinya; dan
(c)
berkenaan dengan kumpulan wang insurans bagi polisi hayat sertaan, kepentingan dan layanan adil bagi pemunya polisi, termasuk jangkaan munasabah mereka, telah diambil kira dengan sewajarnya.