Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 · Updated to 2 Jan 2025 · Bahagian XIV · Campur Tangan dan Tindakan Remedi
181. Maklumat dan kemudahan
Official textFrom Laws of Malaysia Online, unchanged
Jika kawalan atas keseluruhan atau sebahagian daripada perniagaan, hal ehwal atau harta suatu institusi telah diambil alih menurut suatu perintah di bawah Subpenggal ini—
institusi itu, pengarahnya, ketua pegawai eksekutifnya dan pegawainya hendaklah menyerahkan keseluruhan atau sebahagian daripada perniagaan, hal ehwal dan harta kepada kawalan itu dan mengemukakan kepada Bank atau orang yang dilantik dengan apa-apa kemudahan, dokumen atau maklumat sebagaimana yang dikehendaki bagi memudahkan penjalanan kuasa atau pelaksanaan fungsi
Bank atau orang yang dilantik di bawah Subpenggal ini; dan
Bank atau orang yang dilantik boleh menghendaki seseorang yang telah, pada bila-bila masa, menjadi pengarah, ketua pegawai eksekutif atau pegawai institusi itu untuk memberi Bank atau orang yang dilantik apa-apa
*CATATAN—Akta Syarikat 1965 [Akta 125] telah dimansuhkan oleh Akta Syarikat 2016 [Akta 777] yang berkuat kuasa pada 31 Januari 2017–lihat subseksyen 620(1) Akta 777.
Perkhidmatan Kewangan Islam 187
maklumat yang berhubungan dengan perniagaan, hal ehwal atau harta institusi itu yang dikehendaki oleh Bank atau orang yang dilantik.
Mana-mana orang yang melanggar perenggan (1)(a) atau gagal untuk mematuhi kehendak di bawah perenggan (1)(b) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, dipenjarakan untuk tempoh tidak melebihi lapan tahun atau didenda tidak melebihi dua puluh lima juta ringgit atau kedua-duanya.
Bahagian XV
Kuasa Bank yang Lain
Bahagian XVI
Penguatkuasaan dan Penalti
Bahagian XVII
Peruntukan Am
Bahagian XVIII