Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 · Updated to 15 Sep 2026 · Bahagian II · Perlindungan Data Peribadi
33. Pemberitahuan mengenai keengganan mematuhi permintaan mengakses data
Feedback & supportJika seseorang pengawal data yang menurut seksyen 32
enggan mematuhi permintaan mengakses data di bawah seksyen 30, dia hendaklah, tidak lewat daripada dua puluh satu hari dari tarikh penerimaan permintaan mengakses data itu, melalui notis bertulis, memaklumkan peminta itu—
(a)
mengenai keengganan itu dan sebab-sebab bagi keengganan itu; dan
(b)
jika perenggan 32(1)(e) terpakai, mengenai nama dan alamat pengawal data lain yang berkenaan.
Perlindungan Data Peribadi 39