Skip to content
In forceUpdated to 15 Sep 2026Read it in English
Contents

Bahagian II · Perlindungan Data Peribadi

34. Hak untuk membetulkan data peribadi

Feedback & support

In plain English

A person may ask a data user in writing to correct inaccurate, incomplete, misleading or not up-to-date personal data. This covers someone who got a copy through an access request, or a data subject who knows of the problem. If another data user controls the processing and blocks the correction, the request may be made to that data user.

Summary · Drafted with AI, checked against the official text on 30 Sep 2026.

(1)

Jika—

(a)

suatu salinan data peribadi telah diberikan oleh pengawal data pada mematuhi permintaan mengakses data di bawah seksyen 30 dan peminta menganggap bahawa data peribadi itu tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau tidak terkini; atau

(b)

subjek data itu mengetahui bahawa data peribadinya yang dipegang oleh pengawal data itu adalah tidak tepat, tidak lengkap, mengelirukan atau tidak terkini, peminta atau subjek data itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh membuat suatu permintaan pembetulan data secara bertulis kepada pengawal data supaya pengawal data itu membuat pembetulan yang perlu kepada data peribadi itu.

(2)

Jika seorang pengawal data tidak memegang data peribadi itu, tetapi mengawal pemprosesan data peribadi itu dalam apa-apa cara yang melarang pengawal data yang memegang data peribadi itu daripada mematuhi, sama ada keseluruhannya atau sebahagiannya, permintaan pembetulan data di bawah subseksyen (1)

yang berhubung dengan data peribadi itu, pengawal data yang mula-mula disebut itu hendaklah disifatkan pengawal data yang kepadanya permintaan sedemikian boleh dibuat dan peruntukan

Akta ini hendaklah ditafsirkan dengan sewajarnya.

Report

Bahagian III

Pengecualian

Bahagian IV

Pelantikan, Fungsi dan Kuasa Pesuruhjaya

Bahagian V

Kumpulan Wang Perlindungan Data Peribadi

Bahagian VI

Jawatankuasa Penasihat Perlindungan Data Peribadi

Bahagian VII

Tribunal Rayuan

Bahagian VIII

Pemeriksaan, Aduan dan Penyiasatan

Bahagian IX

Penguatkuasaan

Bahagian X

Pelbagai

Bahagian XI

Peruntukan Kecualian dan Peralihan