Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan, Pencegahan Pembiayaan Aktiviti Terhad dan Hasil Daripada Aktivti Haram 2001 · Updated to 1 Mar 2026 · Bahagian IV · Obligasi Pelaporan
24. Perlindungan bagi orang yang membuat laporan
Feedback & supportTiada prosiding sivil, jenayah atau tatatertib boleh dibawa terhadap seseorang yang—
*CATATAN—Digunakan menurut seksyen 8 Akta ini bagi institusi yang menjalankan perniagaan perbankan, perniagaan syarikat kewangan, perniagaan perdagangan perbankan dan perniagaan perbankan
Islam yang berkuat kuasa pada 15 Januari 2002–lihat P.U. (A) 20/2002.
Pencegahan Pengubahan Wang Haram,
55
Pencegahan Pembiayaan Keganasan, Pencegahan
Pembiayaan Aktiviti Terhad dan Hasil daripada
Aktiviti Haram
menzahirkan atau membekalkan apa-apa maklumat dalam apa-apa laporan yang dibuat di bawah Bahagian ini; atau
membekalkan apa-apa maklumat berkaitan dengan laporan sedemikian, sama ada pada masa laporan itu dibuat atau selepasnya;
berkenaan dengan—
penzahiran atau pembekalan, atau cara penzahiran atau pembekalan, oleh orang itu, maklumat yang disebut dalam perenggan (a) atau (b); atau
apa-apa akibat berikutan daripada penzahiran atau pembekalan maklumat itu, melainkan jika maklumat itu telah dizahirkan atau dibekalkan dengan niat jahat.
Dalam prosiding terhadap mana-mana orang bagi suatu kesalahan di bawah Bahagian ini, menjadi suatu pembelaan bagi orang itu jika dia menunjukkan bahawa dia telah mengambil segala langkah munasabah dan menjalankan segala usaha yang wajar bagi mengelakkan pelakuan kesalahan itu.