Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan, Pencegahan Pembiayaan Aktiviti Terhad dan Hasil Daripada Aktivti Haram 2001 · Updated to 1 Mar 2026 · Bahagian IV · Obligasi Pelaporan
28E. Section 28E
Feedback & supportMana-mana orang yang menerima wang tunai atau instrumen boleh niaga pembawa atau kedua-duanya yang dipindahkan kepada orang itu dari luar Malaysia yang melebihi nilai yang ditetapkan oleh pihak berkuasa berwibawa melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, hendaklah mengisytiharkan amaun itu kepada pihak berkuasa berwibawa dan mengemukakan apa-apa maklumat lain yang dikehendaki oleh pihak berkuasa berwibawa.
62 Undang-Undang Malaysia AKTA 613
Suatu perisytiharan di bawah subseksyen (1) hendaklah dibuat dalam masa lima hari perniagaan dari hari wang tunai atau instrumen boleh niaga pembawa atau kedua-duanya itu diterima.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.