Skip to content

Bahagian IV · Obligasi Pelaporan

17. Penyimpanan Rekod

Feedback & support
(1)

Walau apa pun apa-apa peruntukan mana-mana undang-undang bertulis berkaitan dengan penyimpanan dokumen, sesuatu institusi pelapor, atau pengarah, pegawai atau pekerja institusi pelapor itu hendaklah menyenggara mana-mana akaun, rekod, surat menyurat perniagaan dan dokumen yang berhubungan dengan suatu akaun, hubungan perniagaan, transaksi atau aktiviti dengan seseorang pelanggan atau mana-mana orang serta hasil apa-apa analisis yang dibuat, mengikut mana-mana yang berkenaan, selama tempoh sekurang-kurangnya enam tahun dari tarikh akaun itu ditutup atau hubungan perniagaan, transaksi atau aktiviti itu disempurnakan atau dibatalkan, mengikut mana-mana yang terkemudian.

48 Undang-Undang Malaysia AKTA 613

(2)

Sesuatu institusi pelapor, atau pengarah, pegawai atau pekerja institusi pelapor itu hendaklah juga menyenggara rekod bagi membolehkan pembentukan semula apa-apa transaksi atau aktiviti.

(3)

Subseksyen (1) dan (2) tidak terpakai jika sesuatu institusi pelapor, atau pengarah, pegawai atau pekerja institusi pelapor itu telah menghantar akaun, rekod, surat-menyurat perniagaan dan dokumen itu kepada pihak berkuasa berwibawa atau suatu agensi penguat kuasa.

(4)

Mana-mana institusi pelapor, atau pengarah, pegawai atau pekerja institusi pelapor itu yang melanggar subseksyen (1) atau (2)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Report

Bahagian V

Penyiasatan

Bahagian VI

Pembekuan, Penyitaan dan Pelucuthakan

Bahagian VII

Pelbagai

Schedules