Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan, Pencegahan Pembiayaan Aktiviti Terhad dan Hasil Daripada Aktivti Haram 2001 · Updated to 1 Mar 2026 · Bahagian IV · Obligasi Pelaporan
28F. Perisytiharan kepada pihak berkuasa berwibawa
Feedback & supportSuatu perisytiharan kepada pihak berkuasa berwibawa di bawah Bahagian ini hendaklah—
dibuat dalam borang yang ditentukan oleh pihak berkuasa berwibawa; dan
mengandungi maklumat yang lengkap dan tepat yang berhubungan dengan perkara yang diisytiharkan sebagaimana yang dinyatakan dalam borang itu.
Suatu perisytiharan di bawah Bahagian ini, kecuali di bawah seksyen 28E, hendaklah dibuat kepada pihak berkuasa berwibawa melalui pegawai diberi kuasa.
Seseorang pegawai diberi kuasa hendaklah mengadakan bagi pihak berkuasa berwibawa, apabila diminta oleh pihak berkuasa berwibawa, dalam masa yang munasabah—
mana-mana perisytiharan yang dikemukakan kepada pegawai diberi kuasa; atau
apa-apa maklumat mengenai pemindahan rentas sempadan wang tunai atau instrumen boleh niaga pembawa yang mencurigakan.
Mana-mana orang yang membuat perisytiharan yang palsu, tidak tepat atau tidak lengkap melakukan suatu kesalahan dan apabila
Pencegahan Pengubahan Wang Haram,
63
Pencegahan Pembiayaan Keganasan, Pencegahan
Pembiayaan Aktiviti Terhad dan Hasil daripada
Aktiviti Haram disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.