Skip to content
Contents

Bahagian IV · Obligasi Pelaporan

28C. Section 28C

Feedback & support
(1)

Mana-mana orang yang memindahkan ke dalam atau keluar dari Malaysia melalui perkhidmatan pos, kiriman cepat atau penghantar muatan, atau melalui apa-apa cara lain, apa-apa wang tunai, instrumen boleh niaga pembawa atau kedua-duanya yang melebihi nilai yang ditetapkan oleh pihak berkuasa berwibawa melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, hendaklah mengisytiharkan amaun itu kepada pihak berkuasa berwibawa.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Report

Bahagian V

Penyiasatan

Bahagian VI

Pembekuan, Penyitaan dan Pelucuthakan

Bahagian VII

Pelbagai

Schedules