Skip to content
Contents

Bahagian IV · Obligasi Pelaporan

28B. Orang yang meninggalkan atau memasuki Malaysia dengan wang tunai atau instrumen boleh niaga pembawa

Feedback & support
(1)

Mana-mana orang yang meninggalkan atau memasuki

Malaysia dengan suatu amaun wang tunai, instrumen boleh niaga pembawa atau kedua-duanya yang melebihi nilai yang ditetapkan oleh pihak berkuasa berwibawa melalui perintah yang disiarkan dalam

60 Undang-Undang Malaysia AKTA 613

Warta, hendaklah mengisytiharkan amaun itu kepada pihak berkuasa berwibawa.

(2)

Bagi maksud seksyen ini, seseorang meninggalkan atau memasuki Malaysia dengan wang tunai atau instrumen boleh niaga pembawa jika orang itu membawa wang tunai atau instrumen boleh niaga pembawa itu bersama dengannya dalam bagasi yang dibawanya atau atas apa-apa kenderaan atau selainnya.

(3)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Pemindahan wang tunai atau instrumen boleh niaga pembawa melalui pos, dsb.

Report

Bahagian V

Penyiasatan

Bahagian VI

Pembekuan, Penyitaan dan Pelucuthakan

Bahagian VII

Pelbagai

Schedules