Skip to content
Contents

Bahagian IV · Obligasi Pelaporan

28A. Tafsiran berhubung dengan Bahagian ini

Feedback & support
(1)

Dalam

Bahagian ini, melainkan jika konteksnya menghendaki makna yang lain—

“hari perniagaan” ertinya—

(a)

di Negeri yang Ahad diamalkan sebagai cuti mingguan, hari selain Sabtu, Ahad atau cuti am; atau

(b)

di Negeri yang Jumaat diamalkan sebagai cuti mingguan, hari selain Jumaat, Sabtu atau cuti am;

“instrumen boleh niaga pembawa” termasuklah—

(a)

cek kembara;

(b)

mana-mana instrumen boleh niaga dalam bentuk pembawa, yang diendorskan tanpa apa-apa sekatan, yang dikeluarkan kepada penerima rekaan atau selainnya dalam bentuk yang hakmilik dalam instrumen itu berpindah apabila diserahhakkan; dan

(c)

mana-mana instrumen boleh niaga yang ditandatangan tetapi nama penerima ditinggalkan;

“pegawai diberi kuasa” ertinya pegawai kastam atau pegawai yang diberi kuasa oleh pihak berkuasa berwibawa untuk melaksanakan atau membantu dalam pelaksanaan fungsinya di bawah Bahagian ini;

“pegawai kastam” mempunyai erti yang sama seperti dalam

Akta Kastam 1967 [Akta 235];

Pencegahan Pengubahan Wang Haram,

59

Pencegahan Pembiayaan Keganasan, Pencegahan

Pembiayaan Aktiviti Terhad dan Hasil daripada

Aktiviti Haram

“pembawa barang secara komersial” ertinya seseorang yang, dalam perjalanan biasa perniagaan, membawa barang atau surat bagi ganjaran, dan termasuklah pekerjanya;

“pembawa penumpang secara komersial” ertinya seseorang yang, dalam perjalanan biasa perniagaan, membawa penumpang bagi ganjaran, dan termasuklah pekerjanya;

“wang tunai” ertinya syiling dan wang yang dicetak (sama ada

Malaysia atau Negara asing) yang—

(a)

ditetapkan sebagai wang sah; dan

(b)

diedarkan sebagai, dan lazimnya digunakan dan diterima sebagai, medium pertukaran di negara penerbit;

“wang yang dicetak” ertinya wang yang terdiri daripada nota yang dicetak, ditulis atau selainnya yang dibuat daripada polimer, kertas atau apa-apa bahan yang lain.

(2)

Dalam menentukan sama ada sesuatu amaun wang tunai atau instrumen boleh niaga pembawa melebihi nilai yang ditetapkan oleh pihak berkuasa berwibawa di bawah Bahagian ini, amaun itu hendaklah ditukar kepada mata wang yang ditetapkan oleh pihak berkuasa berwibawa pada kadar pertukaran yang terpakai pada masa yang berkenaan.

Report

Bahagian V

Penyiasatan

Bahagian VI

Pembekuan, Penyitaan dan Pelucuthakan

Bahagian VII

Pelbagai

Schedules