Skip to content

Bahagian IV · Obligasi Pelaporan

19. Rancangan pematuhan

Feedback & support
(1)

Sesuatu institusi pelapor, atau pengarah, pegawai atau pekerja institusi pelapor itu hendaklah menerima pakai, membangunkan dan melaksanakan rancangan, polisi, tatacara dan kawalan dalaman, sebagaimana yang ditentukan oleh pihak berkuasa berwibawa, bagi mengelakkan dan mengesan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini.

(2)

Rancangan dalam subseksyen (1) hendaklah termasuk—

(a)

pewujudan tatacara bagi memastikan tahap integriti yang tinggi bagi pekerjanya dan suatu sistem untuk menilai sejarah peribadi, pekerjaan dan kewangan pekerja itu;

(b)

rancangan latihan pekerja secara berterusan, seperti rancangan “kenali pelanggan anda”, dan mengarahkan pekerja mengenai tanggungjawab yang ditentukan dalam seksyen 13, 14, 14A, 15, 16 dan 17; dan

(c)

suatu fungsi audit bebas bagi memeriksa pematuhan rancangan itu.

(3)

Sesuatu institusi pelapor, atau pengarah, pegawai atau pekerja institusi pelapor itu hendaklah melaksanakan rancangan pematuhan di bawah subseksyen (1) ke atas cawangan dan subsidiarinya di dalam dan di luar Malaysia.

52 Undang-Undang Malaysia AKTA 613

(4)

Sesuatu institusi pelapor hendaklah juga melantik pegawai pematuhan pada peringkat pengurusan dalam setiap cawangan dan subsidiari yang akan bertanggungjawab bagi pemakaian rancangan dan tatacara dalaman itu, termasuk penyenggaraan yang berpatutan bagi rekod dan pelaporan transaksi yang mencurigakan.

(5)

Sesuatu institusi pelapor atau pengarah, pegawai atau pekerja institusi pelapor itu hendaklah membangunkan fungsi audit bagi menilai polisi, tatacara dan kawalan itu bagi menguji pematuhan langkah yang diambil oleh institusi pelapor itu bagi mematuhi peruntukan Akta ini dan keberkesanan langkah itu.

(6)

Bagi maksud seksyen ini, pihak berkuasa berwibawa boleh mengeluarkan apa-apa arahan, petunjuk, garis panduan, surat pekeliling, piawaian, notis, penentuan atau kehendak kepada, atau mengenakan apa-apa syarat ke atas, institusi pelapor, atau pengarah, pegawai atau pekerja institusi pelapor itu mengenai rancangan pematuhan.

(7)

Institusi pelapor, atau pengarah, pegawai atau pekerja institusi pelapor itu hendaklah mematuhi arahan, petunjuk, garis panduan, surat pekeliling, piawaian, notis, penentuan atau kehendak yang dikeluarkan, atau syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (6).

(8)

Mana-mana institusi pelapor, atau pengarah, pegawai atau pekerja institusi pelapor itu yang melanggar subseksyen (1), (3), (4),

(5)

atau (7) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit.

Report

Bahagian V

Penyiasatan

Bahagian VI

Pembekuan, Penyitaan dan Pelucuthakan

Bahagian VII

Pelbagai

Schedules