Skip to content
Contents

Bahagian IV · Obligasi Pelaporan

28L. Pelucuthakan wang tunai atau instrumen boleh niaga pembawa yang ditahan

Feedback & support
(1)

Tertakluk pada seksyen 61, dalam apa-apa pendakwaan bagi suatu kesalahan di bawah Bahagian ini, mahkamah hendaklah membuat perintah bagi pelucuthakan wang tunai, instrumen boleh niaga pembawa atau apa-apa benda lain yang dibuktikan menjadi hal perkara atau keterangan yang berhubungan dengan pelakuan kesalahan itu yang didapatinya wajar walaupun tiada seorang pun telah disabitkan atas kesalahan itu.

(2)

Tertakluk pada seksyen 61, jika berkenaan dengan apa-apa wang tunai, instrumen boleh niaga pembawa atau apa-apa benda yang digunakan dalam pelakuan sesuatu kesalahan yang disita di bawah

Bahagian ini tiada pendakwaan atau sabitan bagi suatu kesalahan di bawah Bahagian ini, Pendakwa Raya hendaklah, sebelum tamat tempoh lapan belas bulan dari tarikh penyitaan itu, memohon kepada seorang hakim Mahkamah Tinggi untuk mendapatkan suatu perintah pelucuthakan wang tunai, instrumen boleh niaga pembawa atau benda itu, mengikut mana-mana yang berkenaan, jika dia berpuas hati bahawa wang tunai, instrumen boleh niaga pembawa atau benda itu adalah hal perkara atau keterangan yang berhubungan dengan pelakuan kesalahan itu.

(3)

Hakim yang kepadanya suatu permohonan dibuat di bawah subseksyen (2) hendaklah membuat suatu perintah bagi pelucuthakan wang tunai, instrumen boleh niaga pembawa atau apa-apa benda lain yang digunakan dalam pelakuan sesuatu kesalahan jika dia berpuas hati bahawa wang tunai, instrumen boleh niaga pembawa atau benda itu adalah hal perkara atau keterangan yang berhubungan dengan pelakuan suatu kesalahan di bawah Bahagian ini.

68 Undang-Undang Malaysia AKTA 613

Report

Bahagian V

Penyiasatan

Bahagian VI

Pembekuan, Penyitaan dan Pelucuthakan

Bahagian VII

Pelbagai

Schedules