Skip to content
Contents

Bahagian IV · Obligasi Pelaporan

28G. Penstrukturan untuk mengelak perisytiharan di bawah Bahagian ini

Feedback & support
(1)

Tiada seorang pun boleh menstrukturkan, atau mengarahkan, membantu atau menyertai penstrukturan mana-mana pengangkutan atau pemindahan rentas sempadan wang tunai atau instrumen boleh niaga pembawa untuk mengelak daripada membuat perisytiharan di bawah Bahagian ini.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak lebih daripada lima kali ganda jumlah atau nilai agregat amaun wang tunai atau instrumen boleh niaga pembawa pada masa kesalahan itu dilakukan atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tujuh tahun atau kedua-duanya.

Report

Bahagian V

Penyiasatan

Bahagian VI

Pembekuan, Penyitaan dan Pelucuthakan

Bahagian VII

Pelbagai

Schedules