Skip to content
Contents

Bahagian IV · Obligasi Pelaporan

25. Pemeriksaan ke atas institusi pelapor

Feedback & support
(1)

Bagi maksud mengawasi pematuhan sesuatu institusi pelapor dengan Bahagian ini, pihak berkuasa berwibawa atau pihak berkuasa kawal selia atau pengawasan, mengikut mana-mana yang berkenaan boleh memberi kuasa seseorang pemeriksa untuk memeriksa—

(a)

mana-mana rekod atau laporan institusi pelapor itu yang berhubungan dengan obligasinya di bawah Bahagian ini,

56 Undang-Undang Malaysia AKTA 613

yang disimpan di, atau dapat dicapai dari, premis institusi pelapor itu; dan

(b)

apa-apa sistem yang digunakan oleh institusi pelapor itu di premisnya bagi menyimpan rekod atau laporan itu.

(2)

Dalam menjalankan pemeriksaan di bawah subseksyen (1), pemeriksa itu boleh—

(a)

menanyakan apa-apa soalan berhubung dengan apa-apa rekod, sistem atau laporan sesuatu institusi pelapor; dan

(b)

membuat apa-apa catatan atau mengambil apa-apa salinan keseluruhan atau sebahagian daripada transaksi atau aktiviti perniagaan institusi pelapor itu.

Report

Bahagian V

Penyiasatan

Bahagian VI

Pembekuan, Penyitaan dan Pelucuthakan

Bahagian VII

Pelbagai

Schedules