Skip to content

Bahagian IV · Obligasi Pelaporan

16. Usaha wajar pelanggan

Feedback & support
(1)

*Sesuatu institusi pelapor, atau pengarah, pegawai atau pekerja institusi pelapor itu—

(a)

tidak boleh membuka atau mengendalikan mana-mana akaun yang namanya tidak diketahui atau mana-mana akaun atas suatu nama rekaan, palsu atau tidak betul;

(b)

tidak boleh mengadakan atau menjalankan apa-apa hubungan perniagaan, transaksi atau aktiviti yang melibatkan suatu nama rekaan, palsu atau tidak betul; dan

(c)

hendaklah menyenggara—

(i)

akaun atas nama pemegang akaun itu; dan

*CATATAN—Peruntukan seksyen 16 Akta ini hendaklah digunakan berkenaan dengan mana-mana orang yang dilesenkan untuk menjalankan perniagaan perkhidmatan wang sebagaimana yang ditakrifkan dalam

Akta Perniagaan Perkhidmatan Wang 2011 [Akta 731]–lihat P.U. (A) 144/2014 yang berkuat kuasa pada 27 Mei 2014.

44 Undang-Undang Malaysia AKTA 613

(ii)

rekod atau maklumat mengenai mana-mana hubungan perniagaan, transaksi atau aktiviti atas nama pelanggan itu.

(2)

Sesuatu institusi pelapor, atau pengarah, pegawai atau pekerja institusi pelapor itu hendaklah menjalankan langkah-langkah usaha wajar pelanggan dalam semua atau mana-mana hal keadaan yang berikut:

(a)

mengadakan atau menjalankan hubungan perniagaan, menjalankan mana-mana transaksi dengan pelanggan atau menjalankan mana-mana aktiviti bagi atau bagi pihak pelanggan, sama ada pelanggan itu adalah pelanggan sekali sekala atau tetap, termasuk apabila membuka akaun atau buku akaun baharu, membuat mana-mana transaksi fidusiari, menyewa peti simpan selamat, melaksanakan mana-mana transaksi atau aktiviti lain yang ditentukan oleh pihak berkuasa berwibawa;

(b)

transaksi atau aktiviti yang hendak dijalankan melebihi amaun yang ditentukan oleh pihak berkuasa berwibawa;

(c)

tanpa mengira apa-apa amaun, terdapat syak yang munasabah mengenai pelakuan kesalahan pengubahan wang haram, kesalahan membiayai keganasan atau kesalahan membiayai aktiviti terhad;

(d)

terdapat keraguan yang munasabah mengenai kebenaran atau kecukupan data pengenalan pelanggan yang diperoleh sebelumnya.

(3)

Sesuatu institusi pelapor, atau pengarah, pegawai atau pekerja institusi pelapor itu, dalam menjalankan langkah-langkah usaha wajar pelanggan, hendaklah—

(a)

menentukan identiti, sifat perwakilan, domisil, sifat di sisi undang-undang, pekerjaan atau tujuan perniagaan mana-mana orang, sama ada orang itu adalah pelanggan sekali sekala atau tetap;

Pencegahan Pengubahan Wang Haram,

45

Pencegahan Pembiayaan Keganasan, Pencegahan

Pembiayaan Aktiviti Terhad dan Hasil daripada

Aktiviti Haram

(b)

menentusahkan, dengan cara yang boleh dipercayai atau daripada sumber bebas, atau daripada mana-mana dokumen, data atau maklumat, identiti, sifat perwakilan, domisil, sifat di sisi undang-undang, pekerjaan atau tujuan perniagaan mana-mana orang, melalui penggunaan dokumen yang termasuk kad pengenalan, pasport, sijil kelahiran, lesen memandu, dokumen konstituen atau mana-mana dokumen rasmi atau persendirian lain serta maklumat pengenalan lain yang berhubungan dengan orang itu, sama ada orang itu adalah pelanggan sekali sekala atau tetap;

(c)

menentusahkan identiti dan kuasa mana-mana orang yang berupa sebagai bertindak bagi pihak pelanggan dalam membuka akaun, menjalankan mana-mana transaksi atau menjalankan mana-mana aktiviti;

(d)

mengambil langkah yang munasabah untuk memperoleh dan merekodkan maklumat mengenai identiti sebenar mana-mana orang yang bagi pihaknya akaun dibuka atau transaksi atau aktiviti dijalankan jika terdapat keraguan munasabah bahawa orang itu tidak bertindak bagi pihak dirinya sendiri, terutamanya jika orang itu tidak menjalankan apa-apa operasi komersial, kewangan atau perindustrian di Negara asing di mana orang itu mempunyai ibu pejabat atau domisilnya; dan

(e)

mengambil langkah yang munasabah untuk menentusahkan identiti orang sebenar yang memiliki atau menjalankan kawalan berkesan atas pelanggan yang bukan orang sebenar.

(4)

Sesuatu institusi pelapor, atau pengarah, pegawai atau pekerja institusi pelapor itu hendaklah menjalankan usaha wajar yang berterusan atas semua akaun, hubungan perniagaan, transaksi dan aktiviti.

46 Undang-Undang Malaysia AKTA 613

(5)

Pihak berkuasa berwibawa hendaklah, setelah berunding dengan pihak berkuasa kawal selia atau pengawasan yang berkaitan bagi sesuatu institusi pelapor (jika ada), mengeluarkan apa-apa arahan, petunjuk, garis panduan, surat pekeliling, piawaian, notis, penentuan atau kehendak kepada, atau mengenakan apa-apa syarat ke atas, institusi pelapor, atau pengarah, pegawai atau pekerja institusi pelapor itu mengenai penjalanan langkah-langkah usaha wajar pelanggan yang didapatinya perlu—

(a)

untuk memberikan kuat kuasa sepenuhnya kepada standard yang diterima di peringkat antarabangsa bagi pengesanan atau pencegahan kesalahan pengubahan wang haram, kesalahan membiayai keganasan atau kesalahan membiayai aktiviti terhad; dan

(b)

untuk menentukan langkah-langkah usaha wajar pelanggan tambahan dan berterusan yang hendaklah dijalankan oleh institusi pelapor.

(5A)

Institusi pelapor, atau pengarah, pegawai atau pekerja institusi pelapor itu hendaklah mematuhi arahan, petunjuk, garis panduan, surat pekeliling, piawaian, notis, penentuan atau kehendak yang dikeluarkan, atau syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (5).

(6)

Sesuatu institusi pelapor, atau pengarah, pegawai atau pekerja institusi pelapor itu hendaklah merekodkan apa-apa maklumat, data atau butir-butir yang diperoleh di bawah seksyen ini dan hendaklah, atas permintaan secara bertulis, mengemukakan suatu salinan rekod itu kepada pihak berkuasa berwibawa.

(6A)

Mana-mana institusi pelapor, atau pengarah, pegawai atau pekerja institusi pelapor itu yang melanggar subseksyen (1), (2), (3),

(4)

, (5A) atau (6) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit.

(7)

Bagi maksud Bahagian ini—

Pencegahan Pengubahan Wang Haram,

47

Pencegahan Pembiayaan Keganasan, Pencegahan

Pembiayaan Aktiviti Terhad dan Hasil daripada

Aktiviti Haram

(a)

“aktiviti” merujuk kepada suatu aktiviti tunggal atau suatu siri aktiviti termasuklah apa-apa aktiviti yang dicuba atau aktiviti yang dicadangkan bagi maksud aktiviti yang dijalankan oleh sesuatu institusi pelapor di bawah Jadual

Pertama dan sebagaimana yang ditentukan oleh pihak berkuasa berwibawa;

(b)

“orang” termasuklah mana-mana orang yang menjadi penama, ejen, benefisiari, pemilik benefisial atau prinsipal dan mana-mana orang lain yang ditentukan oleh pihak berkuasa berwibawa berhubung dengan sesuatu transaksi atau aktiviti;

(c)

“transaksi” merujuk kepada suatu transaksi tunggal atau suatu siri transaksi termasuklah apa-apa transaksi yang dicuba atau transaksi yang dicadangkan atau apa-apa transaksi yang ditentukan oleh pihak berkuasa berwibawa menurut apa-apa arahan, petunjuk, garis panduan, surat pekeliling, piawaian, notis, penentuan atau kehendak yang dikeluarkan, atau apa-apa syarat yang dikenakan di bawah

Akta ini.

Report

Bahagian V

Penyiasatan

Bahagian VI

Pembekuan, Penyitaan dan Pelucuthakan

Bahagian VII

Pelbagai

Schedules