Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan, Pencegahan Pembiayaan Aktiviti Terhad dan Hasil Daripada Aktivti Haram 2001 · Updated to 1 Mar 2026 · Bahagian IV · Obligasi Pelaporan
28D. Kecualian kepada kehendak untuk membuat perisytiharan
Feedback & supportSeksyen 28B tidak terpakai jika—
orang itu adalah suatu pembawa penumpang secara komersial; dan
Pencegahan Pengubahan Wang Haram,
61
Pencegahan Pembiayaan Keganasan, Pencegahan
Pembiayaan Aktiviti Terhad dan Hasil daripada
Aktiviti Haram
wang tunai atau instrumen boleh niaga pembawa itu adalah dalam milikan penumpang pembawa penumpang secara komersial itu.
Seksyen 28C tidak terpakai jika—
orang itu adalah suatu pembawa barang secara komersial;
wang tunai atau instrumen boleh niaga pembawa itu dibawa bagi pihak seseorang yang lain;
orang yang lain itu tidak menzahirkan kepada pembawa barang secara komersial itu bahawa barang yang dibawa bagi pihaknya termasuk wang tunai atau instrumen boleh niaga pembawa; dan
pembawa barang secara komersial itu tidak tahu dan tidak mempunyai alasan munasabah untuk mempercayai bahawa barang yang dibawa bagi pihak orang yang lain itu termasuk wang tunai atau instrumen boleh niaga pembawa.
Beban untuk membuktikan perkara yang disebut dalam subseksyen (1) atau (2) terletak pada orang yang ingin bergantung pada subseksyen itu.
Perisytiharan mengenai penerimaan wang tunai atau instrumen boleh niaga pembawa dari luar Malaysia