Skip to content
Contents

Bahagian IV · Obligasi Pelaporan

27. Kehadiran di hadapan pemeriksa

Feedback & support
(1)

Seseorang pengarah atau seseorang pegawai sesuatu institusi pelapor yang diperiksa di bawah subseksyen 25(1), atau seseorang yang diperiksa di bawah subseksyen 26(1), hendaklah hadir di hadapan pemeriksa itu di pejabatnya apabila dipanggil untuk berbuat demikian oleh pemeriksa itu pada bila-bila masa yang ditentukan oleh pemeriksa itu.

(2)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, hendaklah sebagai tambahan didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit bagi setiap hari atau sebahagian daripadanya yang kesalahan itu terus dilakukan.

Report

Bahagian V

Penyiasatan

Bahagian VI

Pembekuan, Penyitaan dan Pelucuthakan

Bahagian VII

Pelbagai

Schedules