Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan, Pencegahan Pembiayaan Aktiviti Terhad dan Hasil Daripada Aktivti Haram 2001 · Updated to 1 Mar 2026 · Bahagian IV · Obligasi Pelaporan
26. Pemeriksaan ke atas orang selain institusi pelapor
Feedback & supportPemeriksa yang diberi kuasa di bawah seksyen 25 boleh memeriksa—
seseorang yang, atau pernah pada bila-bila masa, menjadi pengarah atau pegawai sesuatu institusi pelapor atau ejennya;
seseorang yang, atau pernah pada bila-bila masa, menjadi pelanggan, atau selainnya mempunyai urusan dengan sesuatu institusi pelapor; atau
seseorang yang dia percaya tahu tentang fakta dan hal keadaan hal itu, termasuk seseorang juruaudit atau seseorang peguam bela dan peguam cara sesuatu institusi pelapor, dan orang itu hendaklah memberikan apa-apa dokumen atau maklumat yang dikehendaki oleh pemeriksa itu dalam apa-apa tempoh yang ditentukan oleh pemeriksa itu.
Pencegahan Pengubahan Wang Haram,
57
Pencegahan Pembiayaan Keganasan, Pencegahan
Pembiayaan Aktiviti Terhad dan Hasil daripada
Aktiviti Haram
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi tiga juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya, dan, dalam hal kesalahan yang berterusan, hendaklah sebagai tambahan didenda tidak melebihi tiga ribu ringgit bagi setiap hari atau sebahagian daripadanya yang kesalahan itu terus dilakukan.
Walau apa pun mana-mana undang-undang bertulis lain, seseorang ejen, termasuk seseorang juruaudit atau seseorang peguam bela dan peguam cara sesuatu institusi pelapor, tidak bertanggungan bagi kemungkiran sesuatu kontrak yang berhubungan dengan, atau sesuatu kewajipan, kerahsiaan kerana memberikan apa-apa dokumen atau maklumat kepada pemeriksa itu.