Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan, Pencegahan Pembiayaan Aktiviti Terhad dan Hasil Daripada Aktivti Haram 2001 · Updated to 1 Mar 2026 · Bahagian VI · Pembekuan, Penyitaan dan Pelucuthakan
66I. Arahan, dsb., untuk menunaikan obligasi antarabangsa Kerajaan
Feedback & supportBagi maksud Bahagian ini, pihak berkuasa berwibawa atau pihak berkuasa kawal selia atau pengawasan, mengikut mana-mana yang berkenaan, boleh mengeluarkan apa-apa arahan, petunjuk, garis panduan, surat pekeliling, piawaian, notis, penentuan atau kehendak kepada, atau mengenakan apa-apa syarat ke atas, institusi di bawah kawal selia atau pengawasannya, atau pengarah, pegawai atau pekerja institusi itu sebagaimana yang didapati perlu oleh pihak berkuasa berwibawa atau pihak berkuasa kawal selia atau pengawasan itu untuk menunaikan atau memudahkan penunaian apa-apa obligasi yang mengikat Malaysia menurut kuasa sesuatu keputusan Majlis
Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi pencegahan kesalahan membiayai aktiviti terhad.
Sesuatu institusi, atau pengarah, pegawai atau pekerja institusi itu yang kepadanya suatu arahan, petunjuk, garis panduan, surat pekeliling, piawaian, notis, penentuan atau kehendak dikeluarkan, atau syarat dikenakan di bawah subseksyen (1) hendaklah mematuhi arahan, petunjuk, garis panduan, surat pekeliling, piawaian, notis, penentuan, kehendak atau syarat itu walau apa pun apa-apa kewajipan lain yang dikenakan ke atas institusi, atau pengarah, pegawai atau
Pencegahan Pengubahan Wang Haram,
135
Pencegahan Pembiayaan Keganasan, Pencegahan
Pembiayaan Aktiviti Terhad dan Hasil daripada
Aktiviti Haram pekerja institusi itu oleh mana-mana rukun undang-undang, undang-undang bertulis atau kontrak.
Sesuatu institusi, atau pengarah, pegawai atau pekerja institusi itu tidak boleh, dalam menjalankan apa-apa perbuatan dengan mematuhi mana-mana arahan, petunjuk, garis panduan, surat pekeliling, piawaian, notis, penentuan atau kehendak yang dikeluarkan, atau mana-mana syarat yang dikenakan di bawah subseksyen (1), dianggap sebagai melanggar mana-mana rukun undang-undang, undang-undang bertulis atau kontrak.
Mana-mana institusi, atau pengarah, pegawai atau pekerja institusi yang—
tidak atau enggan mematuhi sesuatu arahan, petunjuk, garis panduan, surat pekeliling, piawaian, notis, penentuan atau kehendak yang dikeluarkan, atau syarat yang dikenakan;
atau
melanggar mana-mana arahan, petunjuk, garis panduan, surat pekeliling, piawaian, notis, penentuan atau kehendak yang dikeluarkan, atau syarat yang dikenakan, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit.
Pemeriksaan pematuhan Bahagian VIB