Skip to content

Bahagian VII · Pelbagai

69. Ejen provokasi

Feedback & support
(1)

Walau apa pun mana-mana undang-undang atau rukun undang-undang yang berlawanan, dalam mana-mana prosiding

Pencegahan Pengubahan Wang Haram,

139

Pencegahan Pembiayaan Keganasan, Pencegahan

Pembiayaan Aktiviti Terhad dan Hasil daripada

Aktiviti Haram terhadap mana-mana orang bagi sesuatu kesalahan di bawah Akta ini, tiada ejen provokasi, sama ada dia seorang pegawai suatu agensi penguat kuasa atau tidak, boleh dianggap tidak boleh dipercayai semata-mata kerana dia telah cuba melakukan atau bersubahat dalam, atau telah bersubahat atau terlibat dalam komplot jenayah untuk melakukan, kesalahan itu jika tujuan utama percubaan, persubahatan atau penglibatan itu ialah untuk mendapatkan keterangan terhadap orang itu.

(2)

Walau apa pun mana-mana undang-undang atau rukun undang-undang yang berlawanan, sesuatu sabitan atas apa-apa kesalahan di bawah Akta ini yang berasaskan semata-mata pada keterangan tanpa sokongan mana-mana ejen provokasi tidaklah tidak sah dan tiada sabitan sedemikian boleh diketepikan hanya kerana mahkamah yang membicarakan kes itu telah tidak menyebut dalam alasan penghakimannya keperluan supaya mengingatkan dirinya tentang bahaya membuat sabitan berdasarkan pada keterangan sedemikian.

Report