Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan, Pencegahan Pembiayaan Aktiviti Terhad dan Hasil Daripada Aktivti Haram 2001 · Updated to 1 Mar 2026 · Bahagian VII · Pelbagai
68. Kuasa tambahan pihak berkuasa berwibawa dan agensi penguat kuasa
Feedback & support(1)
Bagi mengelakkan keraguan, fungsi yang diberikan kepada pihak berkuasa berwibawa atau sesuatu agensi penguat kuasa di bawah
Akta ini hendaklah menjadi tambahan kepada fungsinya di bawah mana-mana undang-undang bertulis lain.
(2)
Jika sesuatu agensi penguat kuasa yang menguatkuasakan undang-undang yang di bawahnya suatu kesalahan berat yang berkaitan telah dilakukan mengumpul keterangan berkenaan dengan mana-mana penyiasatan tentang kesalahan itu, keterangan itu hendaklah dianggap sebagai keterangan yang telah dikumpul mengikut
Akta ini.