Skip to content
In forceUpdated to 15 Jul 2022Read it in English

Bahagian IX · Angkatan Sukarela Malaysia

196. Keanggotaan angkatan sukarela

Feedback & support
(1)

Angkatan sukarela hendaklah terdiri daripada kor, unit, kapal, pasukan dan komponen lain sebagaimana yang diwujudkan dan ditubuhkan dari semasa ke semasa oleh Majlis Angkatan Tentera.

(2)

Tiap-tiap kor, unit, kapal, pasukan atau komponen lain yang diwujudkan dan ditubuhkan di bawah subseksyen (1)—

Akta Angkatan Tentera 201

(a)

hendaklah mempunyai dan dikenali dengan nama atau gelaran sebagaimana yang diluluskan oleh Majlis

Angkatan Tentera;

(b)

hendaklah terdiri daripada unit kecil, cawangan atau skuadron, sebagaimana yang diarahkan oleh Majlis

Angkatan Tentera dari semasa ke semasa.

(3)

Apa-apa sebutan dalam mana-mana undang-undang bertulis mengenai mana-mana kor, unit, kapal, pasukan atau komponen lain yang diwujudkan dan ditubuhkan di bawah subseksyen (1) dengan nama atau gelaran sebagaimana yang diluluskan oleh Majlis Angkatan

Tentera di bawah perenggan (2)(a) hendaklah ditafsirkan sebagai suatu sebutan mengenai kor, unit, kapal, pasukan atau komponen lain atau, sebagaimana yang dikehendaki oleh konteksnya, mengenai anggotanya.

(4)

Majlis Angkatan Tentera boleh dari semasa ke semasa melalui perintah yang disiarkan dalam Warta melakukan mana-mana perkara yang berikut, iaitu:

(a)

membubarkan mana-mana kor, unit, pasukan atau komponen lain itu keseluruhannya atau sebahagiannya;

(b)

menyatukan mana-mana kor dengan mana-mana kor lain, mana-mana unit dengan mana-mana unit lain, mana-mana pasukan dengan mana-mana pasukan lain atau mana-mana komponen dengan mana-mana komponen lain;

(c)

memotong nama mana-mana kapal daripada daftar; atau

(d)

mengubah atau meminda nama atau gelaran bagi mana-mana kor, unit, kapal, pasukan atau komponen lain.

Report

Bahagian X

Pemakaian Akta dan Peruntukan Tambahan

Schedules