Akta Angkatan Tentera 1972 · Updated to 15 Jul 2022 · Bahagian IX · Angkatan Sukarela Malaysia
207. Kuasa Majlis Angkatan Tentera untuk membuat peraturan-peraturan
Feedback & supportTertakluk pada seksyen 206, Majlis Angkatan Tentera boleh membuat peraturan-peraturan termasuk peraturan-peraturan yang memperuntukkan perkara yang boleh dikeluarkan melalui Perintah
Majlis Angkatan Tentera untuk menjalankan maksud Bahagian ini.
Khususnya, dan dengan tidak menjejaskan keluasan kuasa yang disebut terdahulu, peraturan-peraturan itu boleh—
mentakrifkan kelas orang yang boleh ditauliahkan atau didaftarkan dalam angkatan sukarela dan tempoh minimum yang baginya orang itu boleh ditauliahkan atau didaftarkan;
menetapkan cara bagaimana, dan syarat yang tertakluk padanya, orang yang ingin ditauliahkan atau didaftarkan boleh menawarkan diri mereka dan bentuk akuan yang kena diambil oleh orang itu;
menetapkan takat perkhidmatan yang dikehendaki bagi pegawai dan anggota sukarela atau bagi pegawai dalam
Simpanan Pegawai, yang perkhidmatan itu bolehlah termasuk perkhidmatan di luar Malaysia apabila angkatan sukarela atau sebahagiannya telah dikerah;
menetapkan syarat kesihatan jasmani yang dikehendaki bagi orang diterima masuk ke dalam angkatan sukarela;
menetapkan syarat yang di bawahnya seseorang pegawai atau anggota sukarela boleh meletakkan jawatannya daripada angkatan sukarela;
mentakrifkan cara bagaimana dan syarat yang di bawahnya pegawai dan anggota sukarela boleh dikerah;
menetapkan latihan yang akan dijalani oleh pegawai dan anggota sukarela yang latihan itu mengandungi arahan, eksesais atau gerakan di atas tanah, di udara atau di laut
214 Undang-Undang Malaysia AKTA 77
atau dalam apa-apa vesel atau apa jua kapal lain, sama ada dipunyai oleh Malaysia atau tidak, dan sama ada di dalam atau di luar had sempadan Malaysia;
menetapkan kekananan pegawai dan mengadakan peruntukan bagi pelantikan, kenaikan pangkat dan tempoh pangkat bertauliah mereka;
mengadakan peruntukan bagi kekananan dan pangkat bagi maksud perintah dan tatatertib pegawai dan anggota sukarela; dan
mengadakan peruntukan bagi kesalahan kecil termasuk perkara tatacara yang berhubungan dengannya dan hukuman ringan yang tidak diperuntukkan dalam
Bahagian ini.