Skip to content
In forceUpdated to 15 Jul 2022Read it in English

Bahagian IX · Angkatan Sukarela Malaysia

201C. Larangan pembuangan pekerja kerana latihan atau pertugasan

Feedback & support
(1)

Tanpa menjejaskan peruntukan Akta Khidmat Negara 1952, tiap-tiap majikan yang menamatkan pekerjaan mana-mana orang yang bekerja dengannya, yang merupakan seorang anggota sesuatu angkatan sukarela, tanpa keizinan orang itu semata-mata atau terutamanya kerana orang itu dipanggil untuk latihan atau pertugasan di bawah Akta ini melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi enam ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

(2)

Mahkamah awam yang mensabitkan seseorang majikan di bawah subseksyen (1) boleh memerintahkan supaya majikan itu membayar kepada orang yang pekerjaannya ditamatkan, sebagai pampasan bagi apa-apa kerugian yang ditanggung atau mungkin akan ditanggung olehnya disebabkan oleh penamatan itu, suatu jumlah wang tidak melebihi amaun yang bersamaan dengan saran enam bulan

208 Undang-Undang Malaysia AKTA 77

pada kadar saraan itu terakhir kena dibayar kepada orang itu oleh majikan itu.

Mengerah untuk berkhidmat

Report

Bahagian X

Pemakaian Akta dan Peruntukan Tambahan

Schedules