Akta Angkatan Tentera 1972 · Updated to 15 Jul 2022 · Bahagian IX · Angkatan Sukarela Malaysia
203. Menghalang angkatan sukarela dan membantu atau mendorong kealpaan kewajipan
Feedback & supportTiap-tiap orang yang—
dengan mengetahui dan dengan bersengaja menghalang mana-mana bahagian daripada mana-mana angkatan sukarela atau mana-mana anggotanya daripada melaksanakan apa-apa perkhidmatan atau kewajipan di bawah Akta ini, atau di bawah kaedah-kaedah, peraturan-peraturan atau perintah yang dibuat di bawah Akta ini;
dengan mengetahui bersetuju, atau mendorong atau cuba mendorong mana-mana anggota angkatan sukarela supaya mengabaikan atau bertindak secara yang berlawanan dengan kewajipannya sebagai seorang anggota angkatan sukarela itu;
dengan mengetahui menjadi pihak kepada, atau membantu dalam, atau menyubahati atau mengapi-apikan, pelakuan apa-apa tindakan yang tidak bertatatertib atau apa-apa tindakan yang apa-apa perintah yang sah yang diberikan
Akta Angkatan Tentera 209
kepada mana-mana anggota angkatan sukarela atau mana-mana undang-undang atau peraturan yang menjadi kewajipan mana-mana anggota untuk mematuhinya, boleh dielakkan atau dilanggar; atau
tanpa kebenaran yang sah memakai pakaian seragam atau sebahagian daripada pakaian seragam atau apa-apa lencana atau lambang angkatan sukarela atau secara palsu menyatakan dirinya sebagai berhak untuk memakai pakaian seragam, lencana atau lambang itu, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ringgit.