Skip to content
In forceUpdated to 15 Jul 2022Read it in English

Bahagian IX · Angkatan Sukarela Malaysia

200. Section 200

Feedback & support
(1)

Tiap-tiap anggota sesuatu angkatan sukarela yang bukannya seorang pegawai (kemudian daripada ini disebut “anggota sukarela”)

hendaklah didaftarkan bagi tempoh sebagaimana yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 207.

(2)

Tiap-tiap anggota sukarela yang didaftarkan di bawah subseksyen (1) hendaklah ditugaskan kepada sesuatu unit atau sesuatu kapal atau pasukan oleh pihak berkuasa yang layak.

(3)

Pihak berkuasa yang layak boleh menukarkan seseorang anggota sukarela daripada satu unit atau sesuatu kapal atau pasukan kepada suatu unit, kapal atau pasukan yang lain.

(4)

Kecuali apabila dikerah di bawah seksyen 202 seseorang anggota sukarela boleh, mengikut peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 207, meletakkan jawatannya daripada perkhidmatan:

Dengan syarat bahawa tiada peletakan jawatan sedemikian boleh berkuat kuasa sehingga diluluskan oleh pihak berkuasa yang layak.

(5)

Pihak berkuasa yang layak boleh, tanpa memberikan apa-apa sebab, membuang kerja seseorang anggota sukarela daripada perkhidmatan.

Akta Angkatan Tentera 205

(6)

Mana-mana pegawai yang memerintah sesuatu unit, kapal atau pasukan boleh, dengan kelulusan pihak berkuasa yang layak, memberhentikan kerja mana-mana anggota sukarela daripada unit, kapal atau pasukannya oleh sebab kurang usaha atau kurang cekap.

(7)

Seseorang anggota sukarela yang meletakkan jawatan atau dibuang kerja atau diberhentikan kerja di bawah seksyen ini hendaklah memulangkan balik dalam keadaan baik semua senjata, pakaian seragam dan alat kelengkapan yang diberikan kepadanya kepada pegawai yang memerintah unitnya, atau kepada orang lain sebagaimana yang diberi kuasa oleh pegawai itu bagi maksud itu.

(8)

Tiada peletakan jawatan, pembuangan kerja atau pemberhentian kerja di bawah seksyen ini boleh mengecualikan seseorang anggota sukarela daripada perbicaraan atau hukuman atas sesuatu kesalahan di bawah Akta ini.

Report

Bahagian X

Pemakaian Akta dan Peruntukan Tambahan

Schedules