Akta Angkatan Tentera 1972 · Updated to 15 Jul 2022 · Bahagian IX · Angkatan Sukarela Malaysia
205. Lembaga Siasatan
Feedback & supportKetua Perkhidmatan yang berkenaan atau seseorang pegawai yang diberi kuasa olehnya boleh, melalui perintah, memanggil suatu Lembaga Siasatan bersidang untuk menyiasat—
apa-apa kematian atau kecederaan yang disebabkan kepada atau oleh seseorang pegawai atau anggota sukarela apabila bertugas;
apa-apa kerugian atau kerosakan kepada apa-apa harta awam;
212 Undang-Undang Malaysia AKTA 77
apa-apa hal lain yang Ketua Perkhidmatan yang berkenaan menurut budi bicaranya menghendaki supaya disiasat.
Sesuatu Lembaga Siasatan yang bersidang di bawah subseksyen (1) hendaklah dianggotai oleh pegawai angkatan sukarela atau pegawai atau pegawai waran daripada mana-mana angkatan tetap.
Sesuatu Lembaga Siasatan yang bersidang di bawah subseksyen (1) hendaklah terdiri daripada seorang Yang DiPertua, yang hendaklah seorang pegawai, dan seorang anggota atau lebih sebagaimana yang dilantik oleh Ketua Perkhidmatan yang berkenaan.
Lembaga Siasatan yang bersidang di bawah Bahagian ini hendaklah menerima pakai tatacara yang diperuntukkan berkenaan dengan Lembaga Siasatan serupa yang bersidang di bawah seksyen 147.