Akta Angkatan Tentera 1972 · Updated to 15 Jul 2022 · Bahagian IX · Angkatan Sukarela Malaysia
197. Pemerintahan
Feedback & supportKetiga-tiga Perkhidmatan angkatan sukarela itu hendaklah berada di bawah pemerintahan Ketua Perkhidmatan yang berkenaan,
202 Undang-Undang Malaysia AKTA 77
iaitu Askar Wataniah Malaysia hendaklah di bawah pemerintahan
Panglima Tentera Darat, Simpanan Sukarela Tentera Laut Diraja
Malaysia hendaklah di bawah pemerintahan Panglima Tentera Laut dan Simpanan Sukarela Tentera Udara Diraja Malaysia hendaklah di bawah pemerintahan Panglima Tentera Udara.
Walau apa pun peruntukan subseksyen (1) jika—
keseluruhan atau mana-mana bahagian sesuatu angkatan sukarela telah dikerah untuk berkhidmat di bawah seksyen 202; atau
keseluruhan atau mana-mana bahagian sesuatu angkatan sukarela sedang berlatih, menjalankan eksesais atau menjalankan gerakan bersama dengan angkatan tetap atau sesuatu angkatan asing,
Ketua Perkhidmatan yang memerintah angkatan sukarela yang berkaitan boleh menempatkan keseluruhan atau mana-mana bahagian angkatan itu di bawah perintah sementara mana-mana pegawai angkatan tetap.
Seseorang Ketua Perkhidmatan boleh, dengan kelulusan Majlis
Angkatan Tentera, membuat perintah yang selaras dengan Akta ini dan apa-apa kaedah atau peraturan yang dibuat di bawahnya, yang mengadakan peruntukan bagi alat kelengkapan, penyusunan dan pentadbiran am sesuatu angkatan sukarela di bawah perintahnya.
Khususnya dan tanpa menjejaskan keluasan kuasa yang disebut terdahulu, perintah itu boleh mengadakan peruntukan bagi—
pengeluaran dan penjagaan senjata, kelengkapan, peluru, bekalan, pakaian dan alat kelengkapan;
penyata, buku dan borang surat-menyurat;
penubuhan dan penjalanan Institusi bagi mengadakan tempat berekreasi dan makan-minum kepada anggota angkatan sukarela.
Akta Angkatan Tentera 203