Skip to content
In forceUpdated to 15 Jul 2022Read it in English

Bahagian IX · Angkatan Sukarela Malaysia

201B. Cuti untuk latihan atau pertugasan

Feedback & support
(1)

Tanpa menjejaskan peruntukan Akta Khidmat Negara 1952, tiap-tiap majikan hendaklah, jika mana-mana orang yang bekerja dengannya yang merupakan seorang anggota sesuatu angkatan sukarela dipanggil untuk latihan atau pertugasan di bawah Akta ini, memberi orang itu cuti selama tempoh latihan atau pertugasan itu bagi membolehkannya menjalani latihan atau pertugasan itu.

(2)

Tiada majikan boleh—

(a)

membuat atau menyebabkan supaya dibuat apa-apa pemindahan atau potongan tidak wajar daripada gaji, saraan lain atau cuti tahunan orang itu;

(b)

mengenakan atau menyebabkan supaya dikenakan ke atas atau menuntut daripada orang itu apa-apa penalti; atau

(c)

mengubah terma dan syarat pekerjaan orang itu sehingga memudaratkannya, semata-semata oleh sebab ketidakhadirannya bekerja dalam tempoh latihan atau pertugasan itu.

Akta Angkatan Tentera 207

(3)

Mana-mana majikan yang—

(a)

secara langsung atau tidak langsung enggan atau, dengan menakut-nakuti, pengaruh tidak wajar, atau dengan apa-apa cara lain, mengganggu pemberian kepada mana-mana orang tempoh cuti yang dikehendaki di bawah subseksyen (1); atau

(b)

melanggar subseksyen (2), melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi enam ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan atau kedua-duanya.

(4)

Mahkamah awam yang mensabitkan seseorang majikan atas suatu kesalahan di bawah subseksyen (3) kerana pelanggaran subseksyen (2) boleh memerintahkan supaya majikan itu membayar kepada orang yang disebut dalam subseksyen (2) gaji dan saran lain yang kepadanya orang itu berhak selama tempoh latihan atau pertugasan itu.

Report

Bahagian X

Pemakaian Akta dan Peruntukan Tambahan

Schedules