Akta Angkatan Tentera 1972 · Updated to 15 Jul 2022 · Bahagian IX · Angkatan Sukarela Malaysia
201. Latihan dan pertugasan
Feedback & supportTiap-tiap anggota sesuatu angkatan sukarela hendaklah menjalani latihan sebagaimana yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 207.
Tiap-tiap anggota sesuatu angkatan sukarela boleh, atas permintaannya dan dengan kelulusan pihak berkuasa yang layak, ditugaskan kepada sesuatu unit, kapal atau pasukan angkatan tetap.
Pertugasan itu hendaklah diteruskan dalam mana-mana tempoh yang dipersetujui oleh anggota itu dan dinyatakan dalam perintah itu dan dalam tempoh itu peruntukan Bahagian ini hendaklah terpakai baginya seolah-olah dia telah dikerah di bawah seksyen 202.
*(4) Tiap-tiap anggota sesuatu angkatan sukarela yang telah tamat latihan yang dikehendaki di bawah subseksyen (1) boleh dikehendaki
*CATATAN — Subseksyen 201(4) masih belum berkuat kuasa — lihat subseksyen 1(2) Akta Angkatan
Tentera (Pindaan) 1996 [Akta A974].
206 Undang-Undang Malaysia AKTA 77
berkhidmat dalam angkatan sukarela bagi apa-apa tempoh minimum sebagaimana yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 207.
Bahagian II, III dan IV hendaklah terpakai bagi angkatan sukarela