Skip to content
In forceUpdated to 15 Jul 2022Read it in English

Bahagian IX · Angkatan Sukarela Malaysia

206. Kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk membuat kaedah-kaedah

Feedback & support
(1)

Yang di-Pertuan Agong boleh membuat kaedah-kaedah termasuk kaedah-kaedah yang memperuntukkan perkara yang boleh dikeluarkan melalui Perintah Majlis Angkatan Tentera berkenaan dengan—

(a)

gaji, elaun, ganjaran, pencen dan apa-apa pemberian lain yang kena dibayar kepada pegawai dan anggota sukarela;

(b)

pembayaran pencen atau ganjaran kepada orang tanggungan pegawai dan anggota sukarela yang terbunuh atau mati kerana kecederaan yang berlaku pada menjalankan, atau kerana sakit yang disebabkan secara langsung oleh, perkhidmatan mereka.

(2)

Walau apa pun tarikh yang ditetapkan bagi permulaan kuat kuasa Akta ini menurut seksyen 1 atau peruntukan mana-mana undang-undang bertulis yang berlawanan, apa-apa kaedah yang dibuat di bawah subseksyen (1) boleh diberi kuat kuasa ke belakang kepada apa-apa tarikh, sama ada sebelum atau selepas permulaan kuat kuasa

Akta ini.

Akta Angkatan Tentera 213

Report

Bahagian X

Pemakaian Akta dan Peruntukan Tambahan

Schedules