Skip to content
In forceUpdated to 15 Jul 2022Read it in English

Bahagian IX · Angkatan Sukarela Malaysia

204. Kesalahan

Feedback & support
(1)

Mana-mana anggota sesuatu angkatan sukarela yang, apabila dia tidak tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini—

(a)

gagal dengan tiada sebab yang patut (bukti mengenainya terletak ke atasnya) untuk hadir pada bila-bila masa atau di mana-mana tempat yang ditetapkan dengan sah oleh sesuatu pihak berkuasa yang layak untuk arahan, latihan atau eksesais;

(b)

apabila berpakaian seragam atau bertugas atau sedang menjalani arahan, latihan atau eksesais, mabuk atau melakukan kesalahan berkelakuan ingkar perintah;

(c)

mengingkari apa-apa perintah tetap atau perintah yang sah yang diberikan oleh pegawai atasannya;

(d)

abai untuk mematuhi apa-apa perintah yang terpakai bagi unit, kapal atau pasukannya; atau 210 Undang-Undang Malaysia AKTA 77

(e)

bersalah melakukan apa-apa perbuatan, kelakuan atau kekacauan atau keabaian yang memudaratkan ketenteraman dan tatatertib perkhidmatan, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan di hadapan pegawai memerintahnya, didenda tidak melebihi seratus ringgit.

(2)

Mana-mana anggota sesuatu angkatan sukarela yang, apabila dia tidak tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah Akta ini—

(a)

tanpa kuasa dan kebenaran yang sepatutnya, memberikan, menjual, menggadai, meminjamkan atau selainnya melupuskan atau menghilangkan oleh sebab keabaian, atau menyebabkan kerosakan kepada senjata, peluru, kelengkapan, pakaian, bekalan atau barang lain atau benda

(sama ada serupa dengan mana-mana daripada yang dinyatakan itu atau tidak) yang diamanahkan kepadanya atau yang dipegang olehnya atau yang di dalam jagaannya untuk maksud perkhidmatan, atau gagal menyerahkan harta itu apabila dikehendaki berbuat demikian oleh pegawai memerintahnya;

(b)

menyebabkan melalui apa-apa tindakan yang salah atau kecuaian apa-apa kerugian atau kerosakan kepada apa-apa harta awam, melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan di hadapan pegawai memerintahnya, didenda tidak melebihi tiga ratus ringgit.

(3)

Mana-mana orang yang disabitkan atas sesuatu kesalahan di bawah subseksyen (2) boleh, sebagai tambahan kepada mana-mana hukuman lain, dikenakan membayar, dengan cara pampasan, sejumlah wang yang tidak melebihi lima ratus ringgit atau kos penggantian atau pembaikan barang-barang yang dilupuskan, dihilangkan, dirosakkan atau tidak diserahkan, mengikut mana-mana yang kurang.

(4)

Tiada hukuman atau perintah yang diberikan atau dibuat di bawah subseksyen (1), (2) atau (3) boleh berkuat kuasa sehingga ia

Akta Angkatan Tentera 211

disahkan secara bertulis oleh Ketua Perkhidmatan yang berkenaan; dan

Ketua Perkhidmatan yang berkenaan boleh menahan pengesahan, dan oleh yang demikian apa-apa sabitan, hukuman atau perintah hendaklah dibatalkan, atau boleh mengesahkan hukuman atau perintah itu, atau meremitkan keseluruhan atau mana-mana bahagian hukuman atau perintah itu.

(5)

Pembayaran apa-apa jumlah wang yang dikenakan dengan cara denda atau pampasan atau kedua-duanya di bawah seksyen ini hendaklah, atas permohonan pegawai yang memerintah unit, kapal atau pasukan yang berkenaan didapatkan dan dikuatkuasakan oleh mana-mana Mahkamah Majistret yang mempunyai bidang kuasa jenayah di tempat yang denda itu dikenakan atau pampasan itu diperintahkan, mengikut cara yang sama yang Mahkamah itu boleh mendapatkan atau menguatkuasakan pembayaran denda atau pampasan itu di bawah undang-undang yang berhubungan dengan tatacara jenayah yang berkuat kuasa di tempat itu, seolah-olah denda atau pampasan itu telah dikenakan atau diperintahkan supaya dibayar oleh Mahkamah itu.

(6)

Mana-mana orang yang dipertuduh atas sesuatu kesalahan di bawah seksyen ini boleh dimasukkan dan diletakkan dalam jagaan perkhidmatan dan hendaklah dibicarakan terus dengan cara yang sama seolah-olah dia tertakluk pada undang-undang perkhidmatan di bawah

Akta ini.

Report

Bahagian X

Pemakaian Akta dan Peruntukan Tambahan

Schedules