Skip to content
In forceUpdated to 15 Jul 2022Read it in English

Bahagian IX · Angkatan Sukarela Malaysia

198. Mentauliahkan pegawai

Feedback & support
(1)

Pegawai dalam angkatan sukarela hendaklah ditauliahkan oleh Yang di-Pertuan Agong.

(2)

Sesuatu tauliah yang dikurniakan di bawah subseksyen (1)

boleh dikurniakan sama ada bagi sesuatu tempoh yang tidak ditentukan atau bagi sesuatu masa tertentu dan hendaklah dalam salah satu hal mengikut bentuk yang ditetapkan oleh peraturan-peraturan yang dibuat di bawah seksyen 207 dan hendaklah dikeluarkan di bawah Mohor

Yang di-Pertuan Agong dan dicapkan dengan Mohor Besar

Persekutuan.

(3)

Sesuatu tauliah yang dikeluarkan bagi sesuatu tempoh yang dinyatakan boleh dilanjutkan oleh Yang di-Pertuan Agong bagi tempoh atau tempoh-tempoh sebagaimana yang difikirkan suai manfaat.

(4)

Yang di-Pertuan Agong boleh, tanpa menyiarkan apa-apa sebab baginya, membatalkan mana-mana tauliah.

(5)

Yang di-Pertuan Agong boleh mengurniakan tauliah kehormat dalam angkatan sukarela kepada orang yang difikirkannya patut.

(6)

Pegawai angkatan sukarela boleh dari semasa ke semasa dinaikkan pangkat oleh Yang di-Pertuan Agong menurut budi bicaranya.

Report

Bahagian X

Pemakaian Akta dan Peruntukan Tambahan

Schedules