Skip to content

Seksyen 153

Kuasa Menteri untuk mengecualikan pemakaian Subpenggal 9

of Akta Syarikat 2016

ActIn forceProvision 153 of 159
Seksyen 153
(1)

Menteri boleh, atas permohonan secara bertulis oleh mana-mana orang yang berkepentingan dan tertakluk pada syor

Pendaftar, melalui perintah mengisytiharkan bahawa keseluruhan atau mana-mana bahagian Subpenggal ini tidak terpakai bagi mana-mana orang yang membuat suatu tawaran syer atau debentur kepada orang awam, sama ada tidak bersyarat atau tertakluk pada apa-apa terma dan syarat yang difikirkan patut untuk dikenakan oleh Menteri.

(2)

Pendaftar boleh membuat syor kepada Menteri jika Pendaftar berpendapat bahawa—

(a)

kos untuk menyediakan prospektus mengatasi perlindungan yang terhasil kepada pelabur; atau

(b)

syor itu tidak akan menjejaskan kepentingan awam jika suatu prospektus diketepikan.