Akta Kredit Pengguna 2025 · Updated to 31 Dec 2025 · Bahagian V · Pelesenan dan Pendaftaran
63. Pengarah dan pengurusan kanan pemberi perkhidmatan kredit berdaftar
Feedback & supportSuatu pemberi perkhidmatan kredit berdaftar hendaklah hanya melantik atau melantik semula mana-mana orang—
Kredit Pengguna 65
sebagai pengarahnya atau pengurusan kanannya jika orang itu telah memenuhi kehendak layak dan sesuai sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya di bawah seksyen 62; dan
sebagai ketua eksekutifnya tertakluk kepada pemerolehan suatu kelulusan bertulis terdahulu Suruhanjaya.
Suatu pemberi perkhidmatan kredit berdaftar hendaklah memberikan suatu notis bertulis kepada Suruhanjaya mengenai pelantikan atau pelantikan semula pengarahnya.
Jika suatu perkara berbangkit sama ada seseorang telah mematuhi kehendak layak dan sesuai yang ditentukan di bawah seksyen 62, Suruhanjaya hendaklah mempunyai budi bicara penuh untuk menentukan perkara itu.
Jika seorang pengarah atau pengurusan kanan kemudiannya menyedari bahawa dia tidak mematuhi kehendak layak dan sesuai yang ditentukan di bawah seksyen 62, dia hendaklah dengan serta-merta memaklumkan kepada pemberi perkhidmatan kredit berdaftar itu.
Jika seorang pengarah atau pengurusan kanan tidak mematuhi kehendak layak dan sesuai yang ditentukan di bawah seksyen 62, pemberi perkhidmatan kredit berdaftar itu hendaklah dengan serta-merta memecatnya daripada jawatan itu.
Tertakluk kepada seksyen 131, Suruhanjaya boleh mengarahkan suatu pemberi perkhidmatan kredit berdaftar untuk memecat pengarahnya atau pengurusan kanannya yang tidak mematuhi kehendak layak dan sesuai di bawah seksyen 62 dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
Walau apa pun apa-apa jua yang terkandung dalam apa-apa kontrak perkhidmatan atau apa-apa perjanjian lain yang berhubungan dengan pelantikannya, pemecatan seorang pengarah atau pengurusan kanan di bawah subseksyen (5) atau (6) adalah menurut undang-undang dan sah dan pengarah atau pengurusan kanan yang dipecat di bawah subseksyen (5) atau (6) tidaklah berhak untuk menuntut apa-apa pampasan bagi pemecatan itu.
Undang-Undang Malaysia 66
Suatu pemberi perkhidmatan kredit berdaftar hendaklah memberitahu Suruhanjaya secara bertulis bahawa pengarahnya atau pengurusan kanannya telah terhenti memegang jawatan dan bertindak atas keupayaan sedemikian dan sebab bagi pemberhentian itu dalam suatu tempoh yang ditentukan oleh Suruhanjaya.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1), (4)
atau (5) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.