Skip to content
In forceUpdated to 31 Dec 2025Read it in English
Contents

Bahagian V · Pelesenan dan Pendaftaran

58. Permohonan untuk pendaftaran

Feedback & support
(1)

Seseorang yang berniat untuk menjalankan suatu perniagaan perkhidmatan kredit sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 3

Jadual 4 hendaklah mengemukakan suatu permohonan kepada

Suruhanjaya.

(2)

Permohonan di bawah subseksyen (1) hendaklah—

(a)

dibuat kepada Suruhanjaya dalam apa-apa bentuk dan mengikut cara sebagaimana yang ditentukan oleh

Suruhanjaya; dan

(b)

disertakan dengan pembayaran fi yang ditetapkan dan apa-apa maklumat, butir-butir atau dokumen sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.

Kredit Pengguna 61

(3)

Suruhanjaya boleh pada bila-bila masa selepas penerimaan suatu permohonan di bawah subseksyen (1)—

(a)

menjalankan apa-apa siasatan sebagaimana yang difikirkannya perlu, termasuk menjalankan pemeriksaan terhadap latar belakang kewangan, profesional, jenayah atau yang lain ke atas pemohon dan pengawal, pengarah dan pengurusan kanan pemohon itu; dan

(b)

melalui suatu notis bertulis menghendaki pemohon itu untuk memberinya apa-apa dokumen atau maklumat sebagaimana yang disifatkan perlu oleh Suruhanjaya berhubung dengan permohonan itu.

(4)

Jika apa-apa dokumen atau maklumat tambahan yang dikehendaki di bawah perenggan (3)(b) tidak diberikan oleh pemohon itu dalam tempoh yang ditentukan dalam notis bertulis itu atau apa-apa tempoh lanjutan yang diberikan oleh Suruhanjaya—

(a)

permohonan itu tidak lagi boleh diteruskan, tetapi tanpa menjejaskan hak pemohon itu untuk membuat suatu permohonan baharu; dan

(b)

tiada bayaran balik bagi fi yang telah dibayar oleh pemohon itu.

(5)

Jika suatu pemohon menarik balik suatu permohonan yang telah dikemukakan di bawah subseksyen (2)—

(a)

ia tidak akan menjejaskan hak pemohon itu untuk membuat suatu permohonan baharu selepas suatu tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya; dan

(b)

tiada bayaran balik bagi fi yang telah dibayar oleh pemohon itu.

(6)

Setelah menerima suatu permohonan dan pembayaran fi serta pengemukaan maklumat, butir-butir atau dokumen di bawah subseksyen (2) dan apa-apa dokumen atau maklumat tambahan yang diberikan di bawah perenggan (3)(b), Suruhanjaya boleh mempertimbangkan permohonan itu.

Undang-Undang Malaysia 62

(7)

Suatu pemberi perkhidmatan kredit berdaftar yang berniat untuk menjalankan suatu perniagaan perkhidmatan kredit yang berikutnya sebagaimana yang dinyatakan dalam perenggan 3 Jadual 4

hendaklah mengemukakan permohonan lain kepada Suruhanjaya mengikut seksyen ini.

Report

Bahagian VI

Perniagaan Kredit Islam

Bahagian VII

Pelakuan Perniagaan bagi Perlindungan Pengguna Kredit

Bahagian VIII

Pemeriksaan dan Penyiasatan

Bahagian IX

Penguatkuasaan

Bahagian X

Peruntukan Am

Schedules