Skip to content
In forceUpdated to 31 Dec 2025Read it in English
Contents

Bahagian V · Pelesenan dan Pendaftaran

64. Pengawal pemberi perkhidmatan kredit berdaftar

Feedback & support
(1)

Tiada seorang pun boleh mempunyai kawalan atas suatu pemberi perkhidmatan kredit berdaftar melainkan jika—

(a)

orang itu telah memenuhi kehendak layak dan sesuai sebagaimana yang ditentukan di bawah seksyen 62 oleh

Suruhanjaya; dan

(b)

orang itu telah mendapat kelulusan bertulis terdahulu

Suruhanjaya.

(2)

Mana-mana orang yang berniat untuk menjadi seorang pengawal hendaklah mengemukakan suatu permohonan kepada

Suruhanjaya dalam apa-apa bentuk dan mengikut cara sebagaimana yang ditentukan Suruhanjaya.

(3)

Suruhanjaya boleh, pada bila-bila masa selepas penerimaan suatu permohonan di bawah subseksyen (2)—

(a)

menjalankan apa-apa siasatan sebagaimana yang difikirkannya perlu, termasuk menjalankan pemeriksaan terhadap latar belakang kewangan, profesional, jenayah atau yang lain ke atas orang itu; dan

(b)

melalui suatu notis bertulis menghendaki orang itu untuk memberikan kepadanya apa-apa dokumen atau maklumat tambahan sebagaimana yang disifatkan perlu oleh Suruhanjaya berhubung dengan permohonan itu.

Kredit Pengguna 67

(4)

Jika suatu perkara berbangkit sama ada seorang pengawal telah mematuhi kehendak layak dan sesuai yang ditentukan di bawah seksyen 62, Suruhanjaya hendaklah mempunyai budi bicara penuh untuk menentukan perkara itu.

(5)

Jika seorang pengawal tidak atau telah tidak mematuhi kehendak layak dan sesuai sebagaimana yang ditentukan di bawah seksyen 62 oleh Suruhanjaya—

(a)

suatu pemberi perkhidmatan kredit berdaftar hendaklah memberitahu Suruhanjaya secara bertulis mengenai ketidakpatuhan itu dalam tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya; dan

(b)

pengawal itu hendaklah—

(i)

melupuskan pemegangan syer yang menjadikannya sebagai pengawal itu; atau

(ii)

terhenti mempunyai kawalan dalam, pemberi perkhidmatan kredit berdaftar itu dalam suatu tempoh atau mana-mana tempoh lanjut, dan tertakluk kepada apa-apa syarat sebagaimana yang ditentukan oleh

Suruhanjaya.

(6)

Bagi maksud seksyen ini, “pengawal” ertinya seseorang yang—

(a)

berhak untuk menjalankan, atau mengawal penjalanan, tidak kurang daripada tiga puluh tiga peratus undi yang dikaitkan dengan syer mengundi dalam suatu pemberi perkhidmatan kredit berdaftar;

(b)

mempunyai kuasa untuk melantik, atau menyebabkan dilantik, suatu majoriti pengarah suatu pemberi perkhidmatan kredit berdaftar; atau

(c)

mempunyai kuasa untuk membuat, atau menyebabkan dibuat, keputusan berkenaan dengan perniagaan atau pentadbiran suatu pemberi perkhidmatan kredit berdaftar, dan untuk memberi kesan kepada keputusan itu atau menyebabkan keputusan itu diberikan kesan kepadanya, dan perkataan “kawalan” hendaklah ditafsirkan sewajarnya.

Undang-Undang Malaysia 68

(7)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau (5)

melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Report

Bahagian VI

Perniagaan Kredit Islam

Bahagian VII

Pelakuan Perniagaan bagi Perlindungan Pengguna Kredit

Bahagian VIII

Pemeriksaan dan Penyiasatan

Bahagian IX

Penguatkuasaan

Bahagian X

Peruntukan Am

Schedules