Skip to content
In forceUpdated to 31 Dec 2025Read it in English
Contents

Bahagian V · Pelesenan dan Pendaftaran

69. Kesan pembatalan pendaftaran, penggantungan, dan pembatalan pendaftaran secara sukarela

Feedback & support
(1)

Seseorang hendaklah dengan serta merta terhenti menjalankan perniagaan perkhidmatan kreditnya jika—

(a)

Suruhanjaya menggantung suatu pendaftaran atau membatalkan pendaftaran suatu pemberi perkhidmatan kredit berdaftar di bawah seksyen 67; atau

(b)

pembatalan pendaftaran telah berkuat kuasa di bawah subseksyen 68(2).

(2)

Walau apa pun subseksyen (1), orang yang disebutkan dalam subseksyen (1) hendaklah terus—

(a)

tertakluk kepada Akta ini pada takat yang sama sebagaimana suatu pemberi perkhidmatan kredit berdaftar; dan

(b)

menunaikan obligasinya termasuk, tertakluk kepada kelulusan bertulis terdahulu Suruhanjaya untuk menjalankan perniagaan perkhidmatan kreditnya semata-mata bagi maksud penggulungan hal ehwalnya atau bagi maksud yang benefisial untuk pengguna kreditnya atau orang lain yang berurusan dengannya, sehingga Suruhanjaya berpuas hati bahawa orang itu telah menunaikan obligasinya, atau bahawa perkiraan yang mencukupi telah dibuat untuk menunaikan obligasinya, yang belum selesai pada masa pembatalan pendaftaran, penggantungan atau pembatalan pendaftaran secara sukarela.

(3)

Suatu pembatalan pendaftaran, penggantungan atau pembatalan pendaftaran secara sukarela yang disebutkan dalam subseksyen (1) tidak—

(a)

mengelak atau menjejaskan mana-mana perjanjian, perkiraan atau transaksi yang dibuat oleh orang yang disebutkan dalam subseksyen (1) dengan mana-mana orang; atau

(b)

menjejaskan apa-apa hak, obligasi atau liabiliti yang berbangkit di bawah mana-mana perjanjian, perkiraan atau transaksi itu.

Kredit Pengguna 73

(4)

Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) atau tidak mematuhi obligasinya di bawah subseksyen (2) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya.

Report

Bahagian VI

Perniagaan Kredit Islam

Bahagian VII

Pelakuan Perniagaan bagi Perlindungan Pengguna Kredit

Bahagian VIII

Pemeriksaan dan Penyiasatan

Bahagian IX

Penguatkuasaan

Bahagian X

Peruntukan Am

Schedules