Akta Kredit Pengguna 2025 · Updated to 31 Dec 2025 · Bahagian V · Pelesenan dan Pendaftaran
78. Anggapan mengenai perniagaan memberi kredit atau perkhidmatan kredit
Feedback & supportJika dalam mana-mana prosiding mahkamah terhadap mana-mana orang, dikatakan bahawa orang itu adalah suatu pemberi kredit, bukti suatu transaksi kredit tunggal yang dibuat oleh orang itu hendaklah menimbulkan suatu anggapan bahawa orang itu menjalankan perniagaan memberi kredit kepada seorang pengguna kredit sehingga yang bertentangan dibuktikan.
Jika dalam mana-mana prosiding mahkamah terhadap mana-mana orang, dikatakan bahawa orang itu adalah suatu pemberi perkhidmatan kredit, bukti suatu perkhidmatan tunggal yang diberi oleh orang itu yang berhubungan dengan kredit hendaklah menimbulkan suatu anggapan bahawa orang itu menjalankan perniagaan memberi perkhidmatan kredit melibatkan seorang pengguna kredit sehingga yang bertentangan dibuktikan.