Skip to content
In forceUpdated to 31 Dec 2025Read it in English
Contents

Bahagian V · Pelesenan dan Pendaftaran

67. Pembatalan atau penggantungan pendaftaran

Feedback & support
(1)

Suatu pemberi perkhidmatan kredit yang berdaftar di bawah seksyen 59 hendaklah disifatkan sebagai terbatal pendaftarannya jika perniagaan perkhidmatan kreditnya telah digulungkan atau selainnya dibubarkan, sama ada di dalam atau di luar Malaysia.

Kredit Pengguna 71

(2)

Tertakluk kepada seksyen 131, Suruhanjaya boleh membatalkan pendaftaran suatu pemberi perkhidmatan kredit atas mana-mana alasan yang berikut:

(a)

Suruhanjaya, berkaitan dengan permohonan di bawah seksyen 58, telah diberikan maklumat yang palsu atau mengelirukan, tidak tepat atau tidak lengkap yang daripadanya terdapat suatu ketinggalan yang material;

(b)

pemberi perkhidmatan kredit berdaftar itu tidak atau telah tidak mematuhi—

(i)

mana–mana peruntukan Akta ini atau mana-mana kehendak lain sebagaimana yang ditetapkan atau ditentukan oleh Suruhanjaya; atau

(ii)

mana–mana syarat yang berkenaan dengan pendaftarannya; atau

(c)

ia adalah demi kepentingan pengguna kredit atau awam untuk berbuat sedemikian.

(3)

Jika subseksyen (2) terpakai, Suruhanjaya boleh, jika ia berpendapat perlu untuk berbuat sedemikian—

(a)

menggantung pendaftaran itu bagi suatu tempoh tertentu;

dan

(b)

pada bila-bila masa melanjutkan atau membatalkan penggantungan pendaftaran itu.

Report

Bahagian VI

Perniagaan Kredit Islam

Bahagian VII

Pelakuan Perniagaan bagi Perlindungan Pengguna Kredit

Bahagian VIII

Pemeriksaan dan Penyiasatan

Bahagian IX

Penguatkuasaan

Bahagian X

Peruntukan Am

Schedules