Akta Kredit Pengguna 2025 · Updated to 31 Dec 2025 · Bahagian V · Pelesenan dan Pendaftaran
60. Alasan bagi penolakan pendaftaran
Feedback & supportSuruhanjaya boleh menolak permohonan untuk suatu pendaftaran atas mana-mana alasan yang berikut:
permohonan itu tidak dibuat mengikut Akta ini;
pemohon telah tidak mematuhi mana-mana peraturan-peraturan, standard atau garis panduan, atau kehendak yang lain di bawah Akta ini;
pemohon telah tidak memuaskan hati Suruhanjaya bahawa pemohon, pengawalnya, pengarahnya dan pengurusan kanannya, adalah layak dan sesuai;
apa-apa dokumen atau maklumat yang diberikan oleh pemohon kepada Suruhanjaya adalah palsu atau mengelirukan atau daripadanya terdapat ketinggalan yang material; atau
Suruhanjaya berpendapat bahawa ia adalah bertentangan dengan kepentingan awam untuk mendaftarkan pemohon itu.
Jika Suruhanjaya menolak suatu permohonan di bawah subseksyen (1)—
Suruhanjaya hendaklah memberitahu pemohon itu secara bertulis mengenai penolakan itu;
penolakan itu hendaklah tidak menjejaskan hak pemohon itu untuk membuat suatu permohonan baharu setelah suatu tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya;
dan
tiada bayaran balik bagi fi yang telah dibayar oleh pemohon itu.
Undang-Undang Malaysia 64