Skip to content
In forceUpdated to 31 Dec 2025Read it in English
Contents

Bahagian V · Pelesenan dan Pendaftaran

73. Jualan, pelupusan, pajakan, dsb., perniagaan perkhidmatan kredit

Feedback & support
(1)

Kecuali dengan kelulusan bertulis terdahulu Suruhanjaya, tiada suatu pemberi perkhidmatan kredit berdaftar boleh—

(a)

menjual, melupus, memajak, menyerahhak atau memindah bagaimana jua cara sekalipun, keseluruhan atau mana-mana bahagian perniagaan perkhidmatan kreditnya kepada mana-mana orang lain; atau

(b)

menyatu atau mencantum perniagaan perkhidmatan kreditnya dengan mana-mana orang lain.

(2)

Suatu pemberi perkhidmatan kredit berdaftar yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi empat tahun atau kedua-duanya.

Perkara am

Report

Bahagian VI

Perniagaan Kredit Islam

Bahagian VII

Pelakuan Perniagaan bagi Perlindungan Pengguna Kredit

Bahagian VIII

Pemeriksaan dan Penyiasatan

Bahagian IX

Penguatkuasaan

Bahagian X

Peruntukan Am

Schedules