Skip to content
In forceUpdated to 31 Dec 2025Read it in English
Contents

Bahagian V · Pelesenan dan Pendaftaran

66. Pelantikan juruaudit oleh pemberi perkhidmatan kredit berdaftar

Feedback & support
(1)

Suatu pemberi perkhidmatan kredit berdaftar, atas perbelanjaannya sendiri, hendaklah melantik secara tahunan seorang juruaudit bagi menjalankan suatu pengauditan ke atas perniagaan perkhidmatan kreditnya.

(2)

Suruhanjaya boleh dalam apa-apa tempoh sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya, menghendaki seseorang juruaudit yang dilantik di bawah subseksyen (1)—

(a)

supaya memperbesar atau memperluas ruang lingkup pengauditan yang dijalankan di bawah subseksyen (1);

Kredit Pengguna 69

(b)

supaya menjalankan suatu pemeriksaan atau mengadakan apa-apa tatacara dalam apa-apa hal tertentu; atau

(c)

supaya mengemukakan kepada Suruhanjaya—

(i)

apa-apa maklumat sebagaimana yang dikehendaki oleh Suruhanjaya berhubung dengan pengauditan yang dijalankan oleh juruaudit; atau

(ii)

suatu laporan tentang apa-apa perkara dalam perenggan (a) dan (b).

(3)

Bagi maksud subperenggan (2)(c)(i), maklumat yang dikehendaki berhubung dengan pengauditan boleh termasuk yang berikut:

(a)

penyata kewangan perniagaan perkhidmatan kredit itu;

(b)

amaun transaksi yang berhubungan dengan perniagaan perkhidmatan kredit itu;

(c)

suatu laporan tentang sama ada rekod yang sepatutnya bagi transaksi berhubung dengan perniagaan perkhidmatan kredit itu telah disenggarakan; dan

(d)

suatu laporan tentang sama ada pemberi perkhidmatan kredit berdaftar itu telah mematuhi peruntukan

Akta ini dan mana-mana undang-undang bertulis yang lain sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.

(4)

Pemberi perkhidmatan kredit berdaftar itu hendaklah mengemukakan suatu salinan laporan audit yang telah ditandatangani dengan sempurna oleh juruaudit itu kepada Suruhanjaya tidak lewat daripada tiga bulan atau apa-apa tempoh lain, selepas berakhirnya tahun kewangan pemberi perkhidmatan kredit berdaftar itu sebagaimana yang ditentukan oleh Suruhanjaya.

(5)

Jika semasa melaksanakan kewajipannya di bawah seksyen ini, seorang juruaudit yang dilantik di bawah subseksyen (1) mengesyaki atau mempunyai pengetahuan bahawa pemberi perkhidmatan kredit berdaftar itu telah melakukan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain—

(a)

juruaudit itu hendaklah dengan serta-merta melaporkan perkara itu kepada Suruhanjaya; dan

Undang-Undang Malaysia 70

(b)

juruaudit itu tidaklah bertanggungan—

(i)

bagi suatu kemungkiran suatu kewajipan kerahsiaan antara juruaudit dan pemberi itu berkenaan dengan apa-apa pelaporan kepada Suruhanjaya yang dibuat dengan suci hati di bawah Akta ini;

atau

(ii)

untuk dibawa guaman dalam mana-mana mahkamah bagi fitnah berkenaan dengan apa-apa penyataan yang dibuat oleh juruaudit itu tanpa niat jahat dalam penunaian kewajipannya di bawah

Akta ini.

(6)

Saraan dan perbelanjaan juruaudit itu berhubungan dengan apa-apa perkhidmatan di bawah seksyen ini hendaklah ditanggung oleh pemberi perkhidmatan kredit berdaftar itu.

(7)

Bagi maksud seksyen ini, “penyata kewangan” termasuklah kunci kira-kira tahunan terkini yang telah diaudit, akaun untung dan rugi, dan penyata yang menyatakan sumber dana, suatu pemberi perkhidmatan kredit berdaftar.

(8)

Suatu pemberi perkhidmatan kredit berdaftar yang melanggar subseksyen (1) atau (4) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

(9)

Seorang juruaudit yang melanggar subseksyen (2) atau perenggan (5)(a) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Report

Bahagian VI

Perniagaan Kredit Islam

Bahagian VII

Pelakuan Perniagaan bagi Perlindungan Pengguna Kredit

Bahagian VIII

Pemeriksaan dan Penyiasatan

Bahagian IX

Penguatkuasaan

Bahagian X

Peruntukan Am

Schedules