Skip to content
In forceUpdated to 31 Dec 2025Read it in English
Contents

Bahagian V · Pelesenan dan Pendaftaran

74. Permohonan oleh orang yang terkilan untuk kajian semula atas keputusan di bawah Bahagian ini

Feedback & support
(1)

Suruhanjaya boleh mengkaji semula keputusannya sendiri di bawah Bahagian ini apabila dibuat atas permohonan oleh mana-mana orang yang terkilan dengan keputusan itu.

(2)

Permohonan yang disebut dalam subseksyen (1) hendaklah dibuat secara bertulis dalam masa empat belas hari selepas orang yang terkilan itu diberitahu tentang keputusan itu.

Kredit Pengguna 75

(3)

Kajian semula oleh Suruhanjaya di bawah subseksyen (1)

tidak boleh termasuk orang yang mengambil bahagian dalam pertimbangtelitian keputusan terdahulu itu.

(4)

Jika suatu permohonan untuk kajian semula dibuat di bawah seksyen ini, keputusan Suruhanjaya di bawah Bahagian ini tidak boleh berkuat kuasa sehingga kajian semula itu diselesaikan.

(5)

Walau apa pun subseksyen (4), Suruhanjaya boleh menyatakan dalam pemberitahuan di bawah subseksyen (2) bahawa keputusan

Suruhanjaya hendaklah berkuat kuasa serta-merta pada tarikh pemberitahuan itu dikeluarkan atau pada mana-mana tarikh lain yang ditentukan oleh Suruhanjaya, jika Suruhanjaya berpendapat bahawa ia perlu untuk kepentingan awam.

(6)

Suatu keputusan Suruhanjaya di bawah subseksyen (1)

adalah muktamad.

Report

Bahagian VI

Perniagaan Kredit Islam

Bahagian VII

Pelakuan Perniagaan bagi Perlindungan Pengguna Kredit

Bahagian VIII

Pemeriksaan dan Penyiasatan

Bahagian IX

Penguatkuasaan

Bahagian X

Peruntukan Am

Schedules