Akta Kredit Pengguna 2025 · Updated to 31 Dec 2025 · Bahagian V · Pelesenan dan Pendaftaran
65. Pemerolehan kepentingan dalam syer pemberi perkhidmatan kredit berdaftar
Feedback & supportKecuali dengan kelulusan bertulis terdahulu Suruhanjaya, tiada seorang pun boleh memperoleh mana-mana kepentingan dalam syer suatu pemberi perkhidmatan kredit berdaftar dengan membuat suatu perjanjian atau perkiraan atau dalam apa cara sekalipun, jika pemerolehan itu akan menyebabkan orang itu memegang, berserta dengan apa-apa kepentingan dalam syer pemberi perkhidmatan kredit berdaftar itu yang telah ada dipegang olehnya, suatu kepentingan agregat tiga puluh tiga peratus atau lebih dalam syer pemberi perkhidmatan kredit berdaftar itu.
Suruhanjaya boleh menentukan perkara yang menjadi
“kepentingan dalam syer” bagi maksud subseksyen (1).
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi lima ratus ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.