Skip to content
In forceUpdated to 31 Dec 2025Read it in English
Contents

Bahagian V · Pelesenan dan Pendaftaran

62. Kehendak layak dan sesuai pemberi perkhidmatan kredit berdaftar

Feedback & support
(1)

Suruhanjaya boleh menentukan kehendak layak dan sesuai yang terpakai bagi seorang pengawal, pengarah atau pengurusan kanan suatu pemberi perkhidmatan kredit berdaftar, yang boleh termasuk kriteria minimum yang berhubungan dengan—

(a)

kejujuran, integriti peribadi dan reputasi;

(b)

kekompetenan dan kebolehan; dan

(c)

integriti kewangan.

(2)

Seorang pengawal, pengarah atau pengurusan kanan suatu pemberi perkhidmatan kredit berdaftar hendaklah pada setiap masa mematuhi kehendak layak dan sesuai sebagaimana yang ditentukan di bawah subseksyen (1).

Report

Bahagian VI

Perniagaan Kredit Islam

Bahagian VII

Pelakuan Perniagaan bagi Perlindungan Pengguna Kredit

Bahagian VIII

Pemeriksaan dan Penyiasatan

Bahagian IX

Penguatkuasaan

Bahagian X

Peruntukan Am

Schedules