Akta Kredit Pengguna 2025 · Updated to 31 Dec 2025 · Bahagian V · Pelesenan dan Pendaftaran
55. Pemindahan atau penyerahhakan lesen
Feedback & supportSuatu pemberi kredit berlesen tidak boleh—
memindah atau menyerahhak lesennya kepada mana-mana orang lain; atau
Kredit Pengguna 59
menyebabkan atau membenarkan mana-mana orang lain untuk menggunakan lesen itu atau menjalankan perniagaan kredit yang ditentukan dalam lesen itu.
Walau apa pun subseksyen (1), suatu pemberi kredit berlesen yang dikawal selia oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan
Tempatan boleh, dengan keizinan bertulis terdahulu Pendaftar, melantik mana-mana orang bagi maksud menjalankan apa-apa hak yang diberikan kepada pemberi kredit berlesen itu di bawah lesen itu, atau menyebabkan atau membenarkan mana-mana orang itu untuk menjalankan mana-mana hak sedemikian.
Walau apa pun subseksyen (1), Pendaftar boleh membenarkan pemindahan suatu lesen jika Pendaftar berpuas hati bahawa—
pemberi kredit berlesen itu—
merupakan suatu syarikat, yang telah dilikuidasikan dan seorang penerima atau pengurus telah dilantik berhubung dengan perniagaan kredit syarikat itu;
atau
merupakan suatu pertubuhan, firma atau mana-mana badan orang yang lain, yang telah dibubarkan dan seorang penerima atau pengurus telah dilantik berhubung dengan perniagaan kredit pertubuhan, firma atau mana-mana badan orang yang lain itu; atau
adalah menjadi adil untuk berbuat demikian.
Mana-mana orang yang melanggar subseksyen (1) melakukan suatu kesalahan dan boleh, apabila disabitkan, didenda tidak melebihi satu juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi empat tahun atau kedua-duanya.